Single Album Renggo & Maharaja

Single Album Renggo & Maharaja
just click here to buy album 'Maharaja'

Saturday, January 15, 2011

Salam Satu Dunia....

Selepas Lebih kurang sepuluh tahun menyepi dari dunia nyanyian,Saya tak menyangka akan menyanyi kembali...selama 10 tahun itu jugalah bermacam-macam dugaan yg telah saya tempuhi.terumbang-ambing hanyut di buai kehidupan serta nama glamour yg masih melekat & sebati dalam diri ini...mungkin ini Ujian yang Allah Beri pada saya & saya hampir2 gagal untuk melawan kenikmatan dunia,namun Rahmat Allah itu amat besar....Saya telah di selamatkan oleh Seorang Hamba Allah yang telah menangkap saya Di Perak yang mana ketika itu saya sedang Hanyut dengan kehidupan duniawi saya...saya telah di Bawa Ke suatu tempat & di situlah bermulanya kehidupan saya untuk mengenali Allah & Islam semula,walaupun pada mulanya saya hanya terpaksa tetapi atas kesabaran serta kesungguhan Hamba Allah tersebut....akhirnya saya Mula dapat menerima Kebenaran masuk ke dalam Hati Sanubari saya....AllahHu Akhbar....Alhamdulillah ....atas jasa baik Hamba Allah tersebut & atas semangat Tok Guru Nik Aziz yang telah memberi saya semangat untuk menyanyi kembali,akhirnya saya telah berjaya menghasilkan single album 'Pesan Tok Guru'....Hamba Allah yang Saya maksudkan,Biarlah saya perkenalkan sebagai 'Kapten'....Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada beliau....hanya Allah yang dapat membalasnya.....

No comments:

Post a Comment